Polisi Privasi

Polisi Privasi

Versi: 1.0
Tarikh Kuat Kuasa: 26/04/2026

  1. PENGENALAN
    • Baqara Argo Sdn. Bhd. (termasuk entiti berkaitan, “Baqara”, “kami”) komited dalam memastikan perlindungan data peribadi pelanggan selaras dengan kehendak Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan amalan terbaik industri.

    • Dasar Privasi ini menerangkan kaedah pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, penyimpanan dan perlindungan data peribadi apabila anda:
      1. Membuat pesanan perkhidmatan Baqara
      2. Menggunakan laman web atau sistem Baqara
      3. Mengakses portal pelanggan
      4. Berinteraksi melalui saluran rasmi (termasuk WhatsApp, emel dan telefon)
      5. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Dasar Privasi ini, yang hendaklah dibaca bersama Terma & Syarat Baqara.

 

  1. JENIS DATA PERIBADI YANG DIKUMPUL
    Kami mungkin mengumpul maklumat berikut:
    • Maklumat Identiti
      1. Nama penuh
      2. Jantina (jika berkaitan)
      3. Nama peserta ibadah
    • Maklumat Perhubungan
      1. Nombor telefon
      2. Alamat emel
      3. Alamat surat-menyurat
    • Maklumat Transaksi
      1. Butiran pesanan qurban/aqiqah
      2. Rekod pembayaran dan status pesanan
      3. Sejarah transaksi
    • Maklumat Teknikal
      1. Alamat IP
      2. Data pelayaran laman web dan sistem (cookies, analytics)
      3. Log akses dan aktiviti
    • Data Berkaitan Pelaksanaan
      1. Data penandaan haiwan (tagging)
      2. Rekod pelaksanaan ibadah
      3. Kandungan visual (gambar dan video) yang berkaitan dengan pesanan pelanggan

 

  1. TUJUAN PENGGUNAAN DATA
    Data anda digunakan untuk tujuan berikut:

    • Pelaksanaan Perkhidmatan
      1. Pendaftaran dan pengurusan pesanan
      2. Koordinasi pelaksanaan ibadah qurban/aqiqah
      3. Penyediaan akses kepada portal pelanggan dan laporan pelaksanaan

    • Pengurusan Operasi
      1. Pengesahan identiti pelanggan
      2. Rekod dalaman dan audit
      3. Kawalan kualiti dan penambahbaikan sistem

    • Komunikasi
      1. Notifikasi status pesanan
      2. Penyampaian maklumat penting berkaitan perkhidmatan
      3. Sokongan pelanggan

    • Pematuhan Undang-Undang
      1. Keperluan audit, percukaian dan pengawalseliaan
      2. Permintaan sah daripada pihak berkuasa

    • Pemasaran (Terhad)
      1. Makluman promosi atau tawaran, tertakluk kepada persetujuan pelanggan
      2. Pelanggan boleh memilih untuk berhenti menerima komunikasi ini pada bila-bila masa

 

  1. PENDEDAHAN & PERKONGSIAN DATA
    • Baqara tidak menjual atau memperdagangkan data peribadi pelanggan. Walau bagaimanapun, data boleh dikongsi secara terkawal dengan:
      1. Rakan pelaksana dan vendor operasi (contoh: penyembelihan, logistik)
      2. Penyedia teknologi (hosting, sistem, payment gateway)
      3. Institusi kewangan
      4. Penasihat profesional (audit, perundangan)
      5. Pihak berkuasa apabila dikehendaki oleh undang-undang
      6. Semua pihak tersebut tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan dan penggunaan terhad kepada tujuan yang dibenarkan sahaja.

 

  1. KESELAMATAN DATA
    • Baqara tidak menjual atau memperdagangkan data peribadi pelanggan. Walau bagaimanapun, data boleh dikongsi secara terkawal dengan:
      1. Rakan pelaksana dan vendor operasi (contoh: penyembelihan, logistik)
      2. Penyedia teknologi (hosting, sistem, payment gateway)
      3. Institusi kewangan
      4. Penasihat profesional (audit, perundangan)
      5. Pihak berkuasa apabila dikehendaki oleh undang-undang
      6. Semua pihak tersebut tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan dan penggunaan terhad kepada tujuan yang dibenarkan sahaja.

 

  1. PENYIMPANAN & RETENSI DATA
    • Data peribadi akan disimpan:
      1. Sepanjang tempoh perkhidmatan aktif
      2. Sepanjang tempoh yang diperlukan bagi tujuan rekod, audit dan pematuhan undang-undang.
    • Selepas tempoh tersebut, data akan:
      1. Dipadam secara selamat; atau
      2. Dinyah-identifikasi untuk tujuan analisis dalaman

 

  1. HAK SUBJEK DATA
    • Tertakluk kepada PDPA, pelanggan mempunyai hak untuk:
      1. Mengakses data peribadi mereka
      2. Membetulkan data yang tidak tepat atau tidak lengkap
      3. Menarik balik persetujuan pemprosesan (di mana berkenaan)
      4. Memohon sekatan pemprosesan atau pemadaman data.

    • Permohonan boleh dibuat melalui saluran rasmi Baqara dan tertakluk kepada keperluan pengesahan identiti.

  2. DATA BERKAITAN KANDUNGAN VISUAL
      • Selaras dengan model perkhidmatan Baqara:
        1. Kandungan visual (gambar/video pelaksanaan) adalah sebahagian daripada rekod perkhidmatan
        2. Akses diberikan secara terhad melalui portal pelanggan sahaja
        3. Kandungan ini mungkin mengandungi elemen sensitif.

      • Pelanggan bertanggungjawab untuk:
        1. Menggunakan kandungan secara beretika
        2. Tidak menyebarkan kandungan secara tidak sesuai
        3. Baqara tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penggunaan semula atau penyebaran oleh pihak pelanggan selepas akses diberikan.

 

  1. PEMINDAHAN DATA MERENTAS SEMPADAN
    • Dalam keadaan tertentu, data mungkin diproses atau disimpan di luar Malaysia (contohnya melalui infrastruktur teknologi atau vendor antarabangsa).
    • Baqara akan mengambil langkah munasabah untuk memastikan tahap perlindungan data adalah setara dengan keperluan PDPA.

 

  1. COOKIES & TEKNOLOGI PENJEJAKAN
    • Laman web Baqara menggunakan cookies dan teknologi berkaitan untuk:
      1. Fungsi sistem dan keselamatan
      2. Analisis penggunaan laman web
      3. Penambahbaikan pengalaman pengguna
      4. Pengguna boleh mengawal penggunaan cookies melalui tetapan pelayar masing-masing.

 

  1. PINDAHAN DASAR
    • Baqara berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan kesesuaian operasi.

    • Sebarang perubahan akan dikemas kini melalui:
      1. Laman web rasmi
      2. Portal pelanggan
      3. Versi terkini akan sentiasa menjadi rujukan utama.