Versi: 1.2
Tarikh Kuat Kuasa: 27/04/2026
Bagi memastikan pelaksanaan Ibadah Qurban dan Aqiqah berjalan dengan sah mengikut syarak serta teratur dari sudut operasi, setiap tempahan yang dibuat bersama Baqara adalah tertakluk kepada dua bentuk akad utama iaitu:
1. Akad Bai’ Salam
(Pembelian Udhiyyah Secara Tempahan)
2. Akad Wakalah
(Pelantikan Baqara Sebagai Wakil Pelaksanaan)
Kedua-dua akad ini dianggap sah dan berkuat kuasa apabila pelanggan melengkapkan tempahan dan bayaran melalui saluran rasmi Baqara.
Selaras dengan Terma & Syarat Baqara, rekod sistem digital merupakan bukti muktamad bagi akad yang telah dimeterai.
A. PERINCIAN AKAD BAI’ SALAM
Tanggungjawab Pelanggan (Pembeli)
Menempah Udhiyyah bagi tujuan Qurban atau Aqiqah mengikut pakej yang ditawarkan oleh Baqara termasuk jenis perkhidmatan, bilangan bahagian, harga dan kategori penyertaan.
Menyerahkan bayaran penuh atau bayaran yang dipersetujui melalui saluran rasmi Baqara bagi tujuan pembelian Udhiyyah tersebut.
Bersetuju bahawa bagi pembelian dalam bentuk bahagian (1/7), pemilikan haiwan akan dikongsi bersama peserta lain yang ditentukan oleh pihak Baqara.
Bersetuju bahawa pelanggan tidak berhak memilih secara khusus:
haiwan tertentu
baka atau saiz tertentu
lokasi pelaksanaan
peserta lain dalam satu Udhiyyah yang sama
kecuali dibenarkan secara bertulis oleh Baqara.
Bersetuju untuk menerima laporan pelaksanaan melalui Portal Pelanggan Baqara sebagai bukti rasmi pelaksanaan ibadah.
Tanggungjawab Baqara (Penjual)
Menyediakan Udhiyyah yang memenuhi syarat minimum syarak bagi tujuan Qurban atau Aqiqah.
Memastikan Udhiyyah disediakan dalam tempoh pelaksanaan yang sah mengikut hukum syarak dan tempoh operasi yang ditetapkan.
Sekiranya berlaku kematian, kecacatan atau kegagalan pelaksanaan terhadap Udhiyyah sebelum ibadah dilaksanakan, Baqara berhak menentukan remedi yang sesuai termasuk:
penggantian Udhiyyah
penjadualan semula
pemulangan wang
tertakluk kepada Polisi Jaminan Wang Dikembalikan.
Menyediakan laporan pelaksanaan beserta bukti visual melalui portal pelanggan mengikut standard dokumentasi Baqara.
B. PERINCIAN AKAD WAKALAH
Tanggungjawab Pelanggan (Pemberi Wakalah)
Mewakilkan Baqara untuk menerima, mengurus dan melaksanakan ibadah Qurban atau Aqiqah bagi pihak peserta.
Mewakilkan Baqara untuk menentukan:
lokasi pelaksanaan
tarikh sebenar pelaksanaan
pengurusan sembelihan
pelapahan
pengagihan hasil sembelihan
tertakluk kepada keperluan operasi dan hukum syarak.
Bersetuju bahawa lokasi pelaksanaan boleh berubah tanpa notis sekiranya berlaku keperluan operasi atau keadaan luar jangka.
Bersetuju bahawa selepas tempahan diproses ke peringkat pelaksanaan, pembatalan adalah tertakluk kepada Polisi Jaminan Wang Dikembalikan dan kos operasi yang telah ditanggung.
Bersetuju bahawa laporan visual yang dipaparkan melalui Portal Pelanggan adalah bukti pelaksanaan yang sah dan mencukupi.
Tanggungjawab Baqara (Penerima Wakalah)
Menentukan penyempurnaan jumlah bahagian Udhiyyah bagi membolehkan pelaksanaan Qurban dilakukan dengan sempurna.
Menentukan lokasi pelaksanaan yang sesuai berdasarkan kapasiti operasi dan agihan penerima.
Memastikan proses sembelihan dilaksanakan mengikut syarat syarak termasuk:
haiwan mencukupi umur
haiwan sihat dan tidak cacat
penyembelihan dilakukan secara sah
agihan dibuat kepada golongan yang layak
Menyediakan dokumentasi pelaksanaan dan laporan visual yang telus melalui sistem Baqara.
Menyimpan rekod pelaksanaan sebagai sebahagian daripada pematuhan operasi, audit dan rujukan pelanggan.
Pengesahan Akad
Dengan melengkapkan tempahan, pelanggan dianggap telah:
memahami struktur akad ini
bersetuju melantik Baqara sebagai wakil pelaksanaan
menerima bahawa rekod sistem adalah bukti akad yang sah
menerima laporan digital sebagai bukti pelaksanaan rasmi
Polisi ini hendaklah dibaca bersama:
Terma & Syarat Perkhidmatan
Polisi Jaminan Wang Dikembalikan
Polisi Privasi Baqara
Sekiranya terdapat percanggahan, Terma & Syarat Perkhidmatan Baqara adalah dirujuk sebagai dokumen utama.