Terma & Syarat Perkhidmatan

 

 

Versi: 1.0
Tarikh Kuat Kuasa: 26/04/2026


1. Penerimaan Terma

Terma ini merupakan perjanjian sah di antara Baqara Argo Sdn. Bhd. (“Baqara”) dan pelanggan.

Dengan membuat tempahan, melengkapkan pendaftaran atau melakukan pembayaran, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat sepenuhnya dengan Terma ini tanpa sebarang paksaan.

Untuk mengelakkan keraguan, penerimaan secara digital adalah sah dan mengikat.

 

2. Definisi

Bagi tujuan Terma ini:

  • Perkhidmatan merujuk kepada pengurusan ibadah Qurban dan/atau Aqiqah
  • Wakil Jualan merujuk kepada individu yang dilantik secara sah oleh Baqara untuk mempromosi dan menguruskan tempahan pelanggan
  • Tempahan merujuk kepada pendaftaran lengkap berserta bayaran
  • Pelanggan merujuk kepada individu yang menggunakan perkhidmatan Baqara
  • Peserta merujuk kepada individu yang dilaksanakan ibadah atas namanya
  • Udhiyyah merujuk kepada haiwan sembelihan yang disembelih pada Hari Tasyrik
  • Platform merujuk kepada sistem digital Baqara termasuk laman web, aplikasi dan sistem pengurusan yang digunakan untuk pengendalian tempahan dan laporan

 

3. Tafsiran dan Keutamaan

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara fasal, keutamaan tafsiran adalah seperti berikut:

  1. Standard Dokumentasi Laporan, Jaminan & Remedi
  2. Polisi Jaminan Wang Dipulangkan
  3. Fasal lain dalam Terma ini

 

4. Skop Perkhidmatan

Baqara menyediakan perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Pengurusan dan wakil pelaksanaan ibadah Qurban dan/atau Aqiqah
  • Penyediaan haiwan untuk sembelihan
  • Pelaksanaan sembelihan
  • Agihan dan laporan
  • Pengurusan aktiviti, acara dan majlis berkaitan

Pelanggan mengakui pelaksanaan melibatkan pihak ketiga, operasi dalam negara serta operasi luar negara.

 

5. Pendaftaran

Pelanggan bertanggungjawab ke atas ketepatan maklumat ketika membuat tempahan melalui mana-mana saluran rasmi Baqara seperti:

  • Wakil Jualan rasmi Baqara
  • Laman web rasmi Baqara
  • Borang rasmi digital atau fizikal yang disediakan Baqara

Perubahan maklumat hanya dibenarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari waktu pendaftaran, atau sebelum tempahan diproses ke peringkat pelaksanaan, yang mana lebih awal.

Sebarang perubahan tidak dibenarkan selepas tempahan diproses ke peringkat pelaksanaan atau dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh pelaksanaan, yang mana lebih awal.

Baqara tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan maklumat yang disebabkan oleh kecuaian pelanggan atau peserta.

 

6. Akad & Wakalah

Dengan membuat tempahan, pelanggan melantik Baqara sebagai wakil (wakalah) untuk melaksanakan ibadah bagi pihak peserta.

Akad dianggap sah dan berkuat kuasa apabila tempahan lengkap diterima dan bayaran disahkan oleh platform.

Baqara berhak menggunakan mana-mana kaedah berikut untuk pengesahan akad:

  • Rekod sistem
  • Komunikasi digital
  • Panggilan telefon

Rekod sistem adalah bukti muktamad akad.

Ketiadaan akad secara bersemuka tidak menjejaskan kesahan akad.

 

7. Pembayaran

Bayaran hanya diterima melalui saluran rasmi syarikat:

  • Akaun Bank Rasmi
  • FPX melalui Payment Gateway
  • Kad Debit / Kad Kredit melalui Payment Gateway
  • Perkhidmatan bayaran digital rasmi Baqara

Tempahan hanya sah selepas platform mengesahkan bayaran diterima.

Kegagalan bayaran penuh boleh menyebabkan pembatalan tempahan.

 

8. Penyertaan Bahagian Udhiyyah

Peserta yang membuat tempahan dalam bentuk bahagian mengakui tiada pilihan boleh ditetapkan untuk bahagian tersebut.

Peserta tidak dibenarkan memilih:

  • Peserta lain yang tidak didaftarkan dalam satu tempahan bersama
  • Udhiyyah yang sama melebihi 7 bahagian
  • Bahagian badan haiwan bagi setiap peserta

 

9. Lokasi dan Masa Pelaksanaan

Ibadah Qurban dilaksanakan antara 10–13 Zulhijjah mengikut kalendar Hijri.

Lokasi pelaksanaan ditetapkan oleh Baqara berdasarkan keperluan operasi.

Pelanggan mengakui lokasi pelaksanaan adalah keputusan mutlak pihak pengurusan dan boleh berubah tanpa notis.

Bagi Aqiqah, pelanggan boleh memilih tarikh pelaksanaan minimum tujuh (7) hari dari tarikh tempahan dibuat.

 

10. Pelaksanaan Ibadah

Baqara bertanggungjawab terhadap penyediaan udhiyyah yang memenuhi syarat minima syarak serta pengurusan logistik, tempat pelaksanaan, operasi dan agihan.

Pelanggan tidak dibenarkan memilih:

  • Bentuk, genetik, baka atau spesies
  • Saiz dan berat
  • Sumber haiwan kecuali dibenarkan secara bertulis

Sekiranya berlaku kemalangan atau kegagalan pelaksanaan terhadap udhiyyah, Baqara berhak menentukan remedi berikut:

  • Penggantian udhiyyah
  • Penjadualan semula
  • Pemulangan wang tertakluk kepada polisi

 

11. Pengagihan

Selepas sembelihan selesai, hasil udhiyyah berada di bawah kawal selia Baqara.

Pelanggan tidak dibenarkan membuat tuntutan terhadap:

  • Bahagian badan sembelihan
  • Saiz atau berat potongan
  • Individu penerima
  • Cara dan masa pengagihan

 

12. Laporan Pelaksanaan

Baqara menjamin laporan pelaksanaan yang telus melalui platform digital Baqara.

Laporan akan merangkumi:

  • Maklumat tempahan
  • Maklumat peserta
  • Maklumat haiwan sembelihan
  • Maklumat lokasi
  • Bukti visual dalam bentuk gambar atau video

Laporan dikemaskini secara berperingkat berdasarkan ketersediaan data dan situasi operasi semasa.

 

13. Standard Dokumentasi Laporan, Jaminan & Remedi

Baqara menyediakan dokumentasi visual sebagai bukti pelaksanaan ibadah.

Laporan dianggap lengkap dan sah apabila sekurang-kurangnya:

  • Satu (1) bukti visual disediakan
  • Bukti tersebut menunjukkan kaitan munasabah antara tempahan dan pelaksanaan

Tempoh jaminan pembuktian visual adalah dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh sembelihan.

Jika bukti gagal disediakan dalam tempoh tersebut tanpa remedi dipersetujui, pelanggan layak kepada tuntutan tertakluk kepada Polisi Jaminan Wang Dipulangkan.

 

14. Polisi Jaminan Wang Dipulangkan

Pelanggan layak menuntut pemulangan wang penuh hanya dalam keadaan berikut:

  • Kegagalan penyediaan bukti pelaksanaan
  • Kegagalan pelaksanaan yang disahkan oleh Baqara

Sekiranya laporan memenuhi standard minimum, tuntutan pemulangan wang tidak dibenarkan.

Pemulangan wang adalah satu-satunya remedi yang tersedia kepada pelanggan.

 

15. Had Liabiliti

Pemulangan wang adalah terhad kepada jumlah sebenar bayaran yang diterima oleh Baqara bagi tempahan tersebut sahaja.

Baqara tidak bertanggungjawab terhadap kerugian tidak langsung, kehilangan peluang atau tuntutan pihak ketiga.

 

16. Keadaan Luar Jangka (Force Majeure)

Baqara tidak bertanggungjawab atas kelewatan atau kegagalan akibat:

  • Bencana alam
  • Sekatan kerajaan
  • Gangguan logistik
  • Wabak penyakit
  • Konflik atau kecemasan

Dalam keadaan ini, Baqara berhak menjadualkan semula pelaksanaan atau menawarkan remedi munasabah.

 

17. Data Peribadi

Data pelanggan diproses untuk tujuan operasi dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Malaysia.

Sila rujuk Polisi Privasi rasmi Baqara untuk maklumat lanjut.

 

18. Pertikaian

Pelanggan digalakkan menghubungi khidmat pelanggan terlebih dahulu untuk penyelesaian secara baik.

Aduan hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh kejadian berserta maklumat lengkap.

Semua pertikaian tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan bidang kuasa Mahkamah Malaysia.

 

19. Penipuan & Chargeback

Baqara berhak menyiasat transaksi yang disyaki melibatkan penipuan atau penyalahgunaan.

Chargeback tanpa asas munasabah boleh menyebabkan:

  • Pembatalan tempahan
  • Penggantungan tempahan
  • Tindakan lanjut yang sewajarnya

 

20. Keutamaan Rekod

Sekiranya berlaku percanggahan maklumat, rekod rasmi dalam sistem Baqara adalah rujukan utama dan muktamad.

Ini termasuk:

  • Log sistem
  • Rekod transaksi
  • Rekod komunikasi
  • Data pelaksanaan

 

21. Undang-Undang Terpakai

Terma & Syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Sebarang urusan, tuntutan atau pertikaian hendaklah ditafsir dan diselesaikan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.